Home » » Fakta Menarik

Fakta Menarik

Di sini ada beberapa himpunan fakta-fakta menarik daripada internet untuk menambah pengatahuan anda. 

LOGAM OSMIUM
Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu
enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal
saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.

BOM ATOM
Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan
kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga
pekerja yang ramai.
BERAS
90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua
Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu
177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta
tan metrik.

PELABUHAN
Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu
mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu
memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh
pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU 

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel .
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Info Hebat Terkini - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger