Home » » Membina laman Web (ringkas)

Membina laman Web (ringkas)

Membina laman Web

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgN_z4vBRbW1aun6R5WMM6V4Ib2MTTLwJxo_SnpX8V0QvK44yYafvJ5oDS-gXgQ8tSdMbIvcA6orhMVg3vtPi-Kq49yU9DkRtVHxJjdijYGCFJxwA0lDSSDNCoVtjX-YhPxPv5VF7lwEXzm/s1600/how-to-start-a-website.jpg
Langkah pertama untuk membina laman web dengan mudah ialah mendapatkan host atau tapak untuk laman web anda. banyak host laman web yang menyediakan perkhidmatan percuma untuk pelanggannya. di antaranya ialah

Namun web hosting yang menawarkan perkhidmatan terbaik adalah 000webhost.com.


hosting ini mempunyai banyak kelebihan di antaranya ialah
Ruang Hard Disk dan Bandwidth
Ruang Hard Disk dan Bandwidth yang luas iaitu 1.5Gb ruang hard disk dan 100GB bandwidth bulanan. Ini adalah satu perkhidmatan yang menarik walaupun menawarkan perkhidmataan percuma. Bagi yang baru mula berjinak-jinak dengan pembinaan laman web, saya syorkan anda mencuba hosting ini sebelum beralih kepada hosting berbayar.
Tiada Iklan
Hosting ini juga tidak menyediakan syarat agar anda memaparkan iklan mereka seperti hosting yang lain. Mereka juga membenarkan anda meletakkan iklan anda sendiri seperti Adsense dan sebagainya mengikut kesukaan anda. selain itu juga anda boleh menjadi ajen affiliate mereka dan mendapat komisyen.
Host Domain Sendiri
Anda boleh menggunakan perkhidmatan web hosting percuma mereka untuk menghostkan domain anda. Jika anda tidak mempunyai domain sendiri, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan domain percuma. Anda boleh menggunakan domain percuma co.cc dan menghostkan domain tersebut dengan 000webhost tanpa sebarang bayaran langsung.
Cpanel, PHP, MySQL dan akses FTP
Dengan menawarkan Cpanel ia memudahkan anda untuk menguruskan laman web yang anda bina. Bukan itu sahaja anda boleh menggunakan program CMS (Content Management system) seperti wordpress yang akan lebih memudahkan anda untuk menguruskan laman web anda. Pengurusan yang cekap merupakan salah satu faktor yang boleh membantu anda mendapatkan pendapatan menggunakan internet.
Langkah ke dua ialah membina laman web. Bagi yang mahir dalam pengaturcaraan menggunakan HTML mereka membina menggunakan wordpad, microsoft word, notepad dan sebagainya. tetapi untuk yang tidak mahir atau tiada pengatahuan langsung dalam kod HTML mereka akan menggunakan perisian percuma yang tidak memerlukan pengatahuan html iaitu perisian WYSWYG. Contoh perisian WYSWYG ialah Microsoft frontpage, dreamwever, Nemo web editor dan banyak lagi. selepas membina laman web, anda hanya perlu Upload ke hosting anda tadi.
walaubagaimanapun penggunaan perisian seperti dreamwever atau frontpage masih sulit untuk diselengarakan bagi mereka yang tidak mempunyai pengatahuan asas dalam pengurusan laman web kerana diuruskan secara manual. untuk memecahkan masalah ini, ada beberapa perisian yang mudah diselenggarakan iaitu berbentuk CMS (Content Management System) Ia diuruskan secara online dan boleh juga secara offline. CMS mempunyai bahagian tersendiri di administratornya. cotoh Perisian berbentuk CMS adalah:
  • wordpress.org (sesuai untuk blog)
  • Joomla 1.0 dan 1.5
  • drupal
Perisian seperti Joomla adalah mudah diatur dan dikemaskini mengikut kesukaan anda. Ia mempunyai control panelnya sendiri dan amat mudah untuk yang kurang pengatahuan asas membina laman web.

Langkah ke tiga ialah mempromosikan laman web anda. selama ini anda bersusah payah menyiapkan laman web anda namun tiada seorangpun yang melihatnya. adakah hal ini membuat anda berpuas hati. tentunya tidak bukan? ada beberapa cara untuk mempromosikan laman web.
Lihat Cara Mempromosikan Laman Web anda
Joomla 1.5.x latest Download
Share this article :

1 comments:

marymurphy said...

This article is very interesting and amazing to me. Thank you for sharing this information with us. Thank you very much. I hope you will continue to post such articles. The faster you type, the faster you can communicate with others. You can quickly determine your WPM and CPM typing speed by using our free typing speed test profile! I invite you to look over my profile and let me know what you think.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Info Hebat Terkini - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger