Koleksi cerita Lucu

  •  Mandikan Kucing 

    Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...
    Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

    Budak: Saya nak mandikan kucing...

    Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

    Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

    Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

    Budak: Mati...

    Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

    Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

    Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

    Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...

     

    lawak pak pandir

    CITE 1
    Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang ke rumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang.....
    Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni
    pak Pandir: Apa yang susahnya tu Mak Andih?
    Mak Andih: Nak Ketuk Kepala ikan sadis pulak
    Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendah saja ikan tu dalam air. Kasi lemas ikan tu. Kejap lagi mampos la tu.
    Mak Andih:???

    CITE 2
    1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir

    CITE 3
    alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. ,walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..""eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir.."pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir kasi tiket.."oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?""yer nak...""taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!""yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

    Source: http://koleksiceritalucu.blogspot.com

    Chot yang bendul

    Gambar
    Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk keJabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya. Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas,bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambilkeputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yangbaru diambilnya di kedai tadi. Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepasgambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk danmencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawahtempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, Kak... Boleh tolong angkat sikitkain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar...

    Kemik
    Chot baru habis main bolasepak dan berjalanmenuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik disebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak. Keesokkan harinya,Chot membawa kereta itu ke wokshop. Mekanik di wokshop tu yang sememangnya tahu akan ke bendulan Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu,sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemikitu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chotmeniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku. Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, Apa hang buat tu? Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di wokshop tadi telahmengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanyaakan kembung semula. Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawaberdekah-dekah sambil berkata, HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hangkena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu baru tiup!

    Buku Telepon
    Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awamdan meluru ke meja pendaftaran. Saya nak buat aduan! Saya nak komplen! jerkah Chot. Ada apa, encik? tanya pustakawan bertugas. Saya adapinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!kata Chot. Apa masalahnya? tanya pustakawan itu lagi. Banyak sangat watakdalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tukisahkan. Tak ada jalan cerita langsung! Pustakawan tersebut berkata, Ahh... jadi, encikni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekatseminggu tu!

    Masa
    Chot: Chet, skrang dah pukui brapa?
    Chet: 3:15 petang.
    Chot: (dgn mimik muka kehairanan) Aku pelik lar,awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?
    Chet: Awat lak? Bila lak aku tipu hang?
    Chot: Sepanjang ari aku dok tanya masa katorang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorangpun yang bagi jawapan yang sama...

    Source: http://koleksiceritalucu.blogspot.com


    Akan Diupdate .....................

     



0 comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong Dalam Kerajaan

Iekmal Network

Fakta

Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning. Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E' manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli surat akhbar berbahasa Inggeris dan semaklah sendiri. Nama tempat paling singkat di dunia terdapat di Perancis dan Jepun. Tempat tersebut hanya menggunakan satu huruf sahaja iaitu 'Y' dan 'O'.
Powered by Blogger.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Info Hebat Terkini - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger