Sejarah internet
Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA
(kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi.
ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru
dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear.
Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan
komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya
untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi
tersebut.
Roberts
mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan
bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan
beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan
UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor
(Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan
rekabentuk tersebut dan ARPANET
mula beroperasi pada awal Oktober 1969. Komunikasi pertama dilakukan
di antara pusat penyelidikan di Universiti California di Los Angeles
dan Institut Penyelidikan Stanford.
Protokol
jaringan pertama yang digunakan ARPANET adalah Program Kawalan
Jaringan (Network Control Program). Pada tahun 1983, protokol ini
digantikan oleh TCP/IP yang dibangunkan oleh Robert Kahn, Vint Cerf dan mereka yang lain. Penggunaan protokol ini seterusnya menjadi meluas di seluruh dunia.
Pada
tahun 1990, ARPANET dibersarakan dan dipindahkan ke NSFNET. NSFNET
kemudian disambungkan ke CSNET yang menyambungkan universiti-universiti
di sekitar Amerika Utara
dan kemudian ke EUnet yang menyambungkan kemudahan penyelidikan di
Eropah. Dengan pengurusan bervisi yang dimainkan oleh NSF dan
disemarakkan oleh kepopularan web, penggunaan internet meledak selepas
tahun 1990. Ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan
pengurusannya ke organisasi bebas bermula tahun 1995.
0 comments:
Post a Comment