
Kita sering mendengar perkataan Blog dan kebanyakannya, kita telah mengerti dan faham apa itu Blog. Namun kita terlupa tentang sejarah Blog itu. Blog sebenarnya berasal dari perkataan Weblog dan disingkatkan menjadi blog. istilah weblog sendiri diperkenalkan oleh seseorang yang bernama Jorn Barger tepatnya pada bulan Desember 1998. Beliau menamakan weblog untuk orang yang memiliki website pribadi dan sering mengupdatenya. media blog sendiri pertama kali dipopulerkan oleh dedengkot blog, yaitu: blogger.com yang dimiliki oleh PyraLab, dan perusahaan ini akhirnya taklukii oleh raja mesin pencari:
Google.com pada akhir tahun 2002 lalu.
Blog merupakan sebuah laman web juga namun ada beberapa ciri-ciri blog yang membuatkan ianya berbeza sedikit daripada laman web biasa. Blog menceritakan perihal diri sesorang sehari-hari dan boleh dikatakan blog itu adalah diari. Hari ini kita mengenali blog bukan sahaja diari harian tetapi blog banyak mengandungi informasi-informasi yang berguna untuk tetapan semua. Sekarang juga blog mempunyai ciri-ciri seperti media, iklan, perbahasan politik dan bermacam-macam lagi sehinggakan blog menjadi agen maklumat dan tidak kurang juga yang menjadikan blog sebagai medan ketidakpuasan terhadap pihak lain. namun kita harus bersifat positif iaitu mengklasifikasikan blog sebagai medan informasi yang berguna dengan mendapatkan sumber yang membawa kepada kebaikan bersama.
Berikut adalah ciri-ciri utama Blog:
1. Kandungan utama (main content)
merupakan isi utama yang ditulis oleh blogger
2. Tarikh dan masa
mempunyai fungsi tarikh dan masa sesuatu posting dibuat. Ini membuatkan kesegaran
maklumat di dalam sesuatu blog itu.
3. Arkib (archives)
menyimpan kandungan blog mengikut susunan bulan berdasarkan tarikh yang dihantar.
4. Komentar (comments)
adalah cara untuk pembaca atau pengunjung memberikan maklumbalas terhadap kandungan blog.
5. Pautan RSS Feed
pautan yang membolehkan pembaca melanggan kandungan blog anda dengan percuma.
6. Track back
pautan laman web atau blog lain yang di linkkan pada blog anda.
Apakah itu Blogger?
Blogger adalah pengandali blog itu sendiri. Blogger bebas mengandalikan blog mereka sendiri dengan bantuan rakan-rakan atau blogger itu sendiri. kebiasaannya ciri-ciri blog dibawa oleh personaliti blogger dan dijelaskan melalui pada kandungan dan tajuk blog.
jika blogger itu seorang yang kreatif, blog mereka akan kelihatan menarik dan kreatif. Berbeza pula kalau blogger itu seorang yang suka berjenaka atau berlawak, mereka menulis artikel yang menggelikan hati.
0 comments:
Post a Comment